TEKA-TEKI LAWAK BHG 1

Dalam banyak haiwan Apa dia yang bukan haiwan. Jawapan : Hai Wan, nak p mana tu? (orang yang bernama wan) Perbuatan apa bila bukak luas keluar sikit atau pun tak keluar langsung, Bila buka sempit keluar banyak dan laju lagi. Jawapan : Meludah Makan apa jika makan banyak mana pun tak kan kenyang? Jawapan : Makan angin Jalan apa yang tak boleh dilalui atau ditemui Jawapan : jalan buntu Nasi apa tak pernah basi Jawapan : Nasihat Harimau apa yang pandai basuh baju Jawapan : Kuat Harimau (sabun serbuk)

BILA PEROMPAK SALAH MEROMPAK


Perompak : Woiiii...cepat bagi semua wang yang ada...cepat...jangan cuba buat apa-apa.

Pekerja Kedai : Tak..tak...saya duduk saja tak da buat apa-apa pun...sy tak masak..tak basuh baju..tak main ting ting.

Perompak : Lawyer buruk plak dia...mana duit cepat...masukkan dalam karung ni...

Pekerja Kedai : syiling bayak ni bolehkan.

Perompak :  Arghhhhh... tak kisah lah syiling ke siling ke bak siniiii....cepat aku tak da masa nak main-main...

Pekerja  Kedai : Ok baik bang..baik bang....ni dia..

Perompak : Wo..woooo..wooo....woiiiiiiii.............. ko masukkan syiling apa dalam karung aku ni haaaa...kenapa lambang kat benda bulat ni lain dari syiling.

Pekerja  Kedai : ini kedai budak main game bang..saya pegang syiling ni je bang yang banyak..orang panggil ni token..dorang scan duit terus masuk akaun bang..ambil la bang berapa banyak pun token ni..nak ambik ambik lagi...

Perompak : Apekahhh ini balasan dari tuhan...uwaaaaa...uuuuwaaaaaa.......... ni 1st time aku cuba nak merompak...

Pekerja  Kedai : Patut laa....baru nak up kedai game pun tak leh beza adoiiiiiiiii............

parahhh..parahhhhhhhhh..ada hati nak merompak...cehh.....

Comments