TEKA-TEKI LAWAK BHG 1

Dalam banyak haiwan Apa dia yang bukan haiwan. Jawapan : Hai Wan, nak p mana tu? (orang yang bernama wan) Perbuatan apa bila bukak luas keluar sikit atau pun tak keluar langsung, Bila buka sempit keluar banyak dan laju lagi. Jawapan : Meludah Makan apa jika makan banyak mana pun tak kan kenyang? Jawapan : Makan angin Jalan apa yang tak boleh dilalui atau ditemui Jawapan : jalan buntu Nasi apa tak pernah basi Jawapan : Nasihat Harimau apa yang pandai basuh baju Jawapan : Kuat Harimau (sabun serbuk)

BILA BUDAK PANDAI SANGAT

 

Cikgu : Selamat pagi murid-murid.

Murid : Selamat pagi cikgu.

Cikgu : Semua dah makan ke belum, macam tak ada tenaga je semua.

Murid : Belum lagi..kami tunggu cikgu belanja.

Cikgu : OK nanti cikgu belanja bila kucing dah tumbuh tanduk, hahaha. OK semua buka buku latihan kerja rumah semalam. Dah siap ke semua

Murid : Belum cikgu. ada kat rumah

Cikgu : kenapa kamu semua tidak buat dan kenapa tinggal kat rumah?

Murid : Semalam cikgu kata kerja rumah jadi saya selalu dengar ayah saya bagitahu pada mak saya buat kerja rumah baik-baik.. jadi saya tinggal la kat rumah..nanti mak saya buatkan kerja rumah tu.

Cikgu : Adoiiii..itu kerja rumah kamu bukan mak kamu punya kerja...aiyaaaa...mau kena sakit jantung cikgu.

Murid : Cikgu jangan risau rumah saya ada banyak jantung, esok saya bawa nanti cikgu boleh tukar baru jantungnya.

Cikgu : Jantung apa plak yang banyak tu?

Murid : Jantung pisang cikgu.

Cikgu : Aiyaaa...pening-pening...OK lah..cikgu ada satu soalan math, Ali ada 5 biji oren, 1 biji Abu minta..jadi berapa biji yang tinggal?

Murid : Jawapannya 5biji cikgu.

Cikgu : Salah.. jawapannya 4 biji.

Murid : Salah tu cikgu..Ali ada 5 biji, 1 biji Abu minta..tapi tidak semestinya Ali bagi..Abu mintak je..dia macam tak bersungguh-sungguh mintak. Mana boleh dapat dengan mudah.

Cikgu : Adoiiii...apakah ini dinamakan genuis tahap gaban..mmmmmm....



Comments